Tuesday, 12 August 2014

Bahagian-bahagian Penting Sistem Komputer dan Komponen Pada Sistem Unit.

Tajuk
Mengenal bahagian-bahagian penting komputer


Aktiviti
- Guru meminta murid berada di hadapan komputer.
- Guru meminta murid perhati dan meneliti bahagian-bahagian penting pada komputer tersebut.
- Guru memaparkan bahagian-bahagian penting diskrin seperti: monitor, sistem unit, papan kekunci, tetikus, fon telinga, mikrofon dan pembesar suara.
- Guru memaparkan pula komponen penting pada sistem unit seperti: pemacu cakera liut, pemacu cakera optik, port USB, port monitor, port PS2, port audio dan soket input arus ulang alik (AC).
- Guru meminta murid perlu menunjukkan bahagian-bahagian komputer dan komponen-komponen pada sistem unit seperti yang ditujukkan oleh guru anda tadi.
- Dalam kumpulan, anda dikehendaki bermain permainan bahasa isyarat dengan melakonkan watak bisu sebagai monitor, sistem unit, papan kekunci, tetikus, fon telinga, mikrofon dan pembesar suara.
- Minta rakan-rakan dari kumpulan lain meneka siapa anda dalam permainan bahasa isyarat tersebut

Pentafsiran
Pentafsiran formatif.
Menilai samaada murid dapat menyebut nama komponen pada sistem unit dengan betul atau tidak.